Monday, January 25, 2010

Al-kisah seekor KERA yang berjihad katanya

Subhanallah. Aku ingat dia ni sihat wal afiat. rupa2nya spesis kera. hahaha. no wonder lah ketika si dia membuat statement kontroversi xpernah nak fikir dulu. kera rupanya.

sape kera? ADUKA TERUNA adalah keturunan kera.

Kesimpulan.

Manusia adalah dari Kera. Teori darwin adalah benar. Tapi sebab ulama jenis bodoh nak mampos, mazhab 3rd party yang lurus bendul, dia tolak sendiri kebenaran kajian Darwin yang merujuk Al-Quran. Tolak tanpa hujah sains. Hujah Al-Quran pun tiada. Just tolak sebab darwin adalah Yahudi.

Manusia yang berada di jalan Allah naik taraf kepada manusia. Tapi genetik dan usul tetap kera.

Azazil yang berada di jalan Allah satu ketika dulu naik taraf kepada malaikat. Tapi genetik dan usul tetap jin. [ klik sini ]


hai lah KERA. pandai betol ko putar belit. mainkan perasaan orang PAS sekali ko ni bukan PAS. hahaha. KERA ni memang ungkal dan terkinja-kinja lah. hahahaha.

senang cerita, macam mana kita nak jatuhkan hukuman? KERA mana boleh kene hukum. xde akal lah kawan.

HIKAYAT ADUKA si KERA!!!

rakyat jelat, mari tabik spring kepada si kera. dia tak bersalah. ketika dia membuat statement kontroversi, dia sedang berubah semula menjadi kera. hahahhaa.

Tuesday, December 29, 2009

Pondok Antik Mistik

dengar je nama dah boleh agak kan macam mana keadaan pondok ini. usang? tidak, malah ia terletak di tengah2 kesibukan bandar Kajang. yang mana ia akan mula beroperasi pada awal tahun 2010.

antik ? di sini ada dipamerkan pelbagai khazanah lama yang dikumpul sebagai koleksi tuan pondok ini juga boleh diurusniagakan kepada setiap pencinta khazanah lama yang berminat.

mistik?
selalunya perkataan ini digunapakai kepada sesuatu yang misteri, ghaib, ajaib dan mempunyai khasiat tersendiri. apabila dikatakan mistik, terlintas di fikiran kita ia mungkin ada kaitannya dengan kehidupan 'alam sebelah', jin, bunian serta pelbagai kehidupan paranormal. jadi, di Pondok Antik Mistik ini juga ada mempamerkan bermacam jenis barangan mistik yang mana ia diperolehi terus dari 'alam sebelah' sebagai hiasan juga ada dimaharkan.

ketika saya berbicara/menemubual tuan yang empunya pondok ini, jelas nyata daripada pandangan saudara pemilik ini sangat menarik perhatian dan minat saya tentang aktiviti yang beliau jalankan di pondok ini. bukan sekadar mempamer dan menjual barangan tersebut, malah pemilik pondok ini juga mahir tentang kehidupan 'alam sebelah'. dengan kelebihan yang Allah berikan kepada beliau, beliau dengan ikhlas dan pemurahnya sedia membantu sesiapa sahaja yang berhajat serta mengalami masalah berkaitan dengan kehidupan paranormal.

HALAU HANTU, SIHIR, SAKA, SANTAU, JIN, BUNIAN, IBLIS dan bermacam lagi masalah mistik sedia beliau bantu dengan hanya bermaharkan wang seikhlas hati [yang mana terpulang kepada tuan punya badan ikhlas memberi]. wang bukanlah ukuran untuk beliau membantu tetapi sebagai kewajipan kepada beliau untuk membantu saudara yang lain yang berada di dalam kesusahan.

sayan sekadar membantu pemilik Pondok Antik Mistik ini untuk memperluaskan lagi berita ini supaya memudahkan sesiapa yang di luar sana yang memerlukan bantuan. insyaAllah. segalanya ditentukan olehNya dan kita sebagai manusia hanya berikhtiar. mudah2an diberkati.

sebagai rujukan anda semua, sila kunjungi website http://antikmistik.blogspot.com untuk sebarang kemusykilan.

wassalam

Saturday, December 26, 2009

AWaS TIPU HELAH KAFIRUN LAKNATULLAH DALAM PEMAKANAN KITA

assalamualaikum. saya sekadar nak berkongsi dan menjadi kewajipan saya untuk menyampaikan kepada anda semua setelah saya tahu tentang perkara ini. supaya janganlah lagi kita semua diperbodohkan oleh kaum kafir ini.

HATI2 JIKA ANDA MEMBELI MAKANAN RINGAN DAN MINUMAN!!!
kerana terdapat beberapa produk di pasaran tempatan yang mana ada logo halalnya tetapi secara tersiratnya ia sebenarnya mengandungi PERISA N PEWARNA TAMBAHAN YANG DIPERBUAT DARIPADA LEMAK BABI!!!

ini bukan soal boicot sepertimana yang pernah heboh satu ketika dahulu. tetapi info ini saya perolehi daripada Persatuan Pengguna Islam Pulau Pinang dan daripada www.jejakpanglima.com



MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT (59 codes)

E100 E280 E434 E482

E110 E300 E435 E483

E120 E301 E436 E491

E140 E325 E440 E492

E141 E326 E441 E493

E153 E327 E470 E494

E160 E334 E471 E495

E161 E335 E472 E542

E210 E336 E473 E570

E213 E337 E474 E572

E214 E422 E475 E631

E216 E430 E476 E635

E234 E431 E477 E904

E252 E432 E478 E920

E270 E433 E481


xmustahil lah ramai anak muda sekarang ni perangai pun macam hantu. sebab dari kecik lagi dah pun terbiasa [secara xsengaja] memakan BABI. darah yang mengalir pun mengandungi BABI.

Yg jelas nya. pringles pun ada gak lemak menatang ni. kalau xpercaya tgk ada E471 kat ingredients nya tu. mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.

Xheran lah kalau sekarang ni ramai sangat samseng, yang muda, yang tua. laki. pompuan. sama jer. solat yg wajib main tinggal je. doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging. nauzubillah.

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni. yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama... Tp ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

Jika kita sedar dan prihatin. forward lah untuk rakan2 seislam. semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt.

cukuplah kita tertipu selama ini dan janganlah kita terus terleka. wahai saudaraku semua, sadarlah, berbagai tipu helah yang akan mereka lakukan demi menyesatkan diri kita semua.

PRINT DAN SIMPANLAH DALAM WALLET SEBAGAI RUJUKAN ANDA SEMUA

Friday, December 11, 2009

Pengakhiran Tujuh Petala Semester

02 Julai 2006, xkan mungkin aku lupakan sebab tarikh ni bukan saja merupakan tarikh kematian bondaku, tetapi menjadi tarikh keramat kemasukan aku ke UiTM Segamat.

patutnya lama dah aku habiskan. mungkin rezekinye baru sampai. Alhamdulillah. harini 10 Disember 2009. merupakan tarikh yang xkan juga aku lupakan sebab aku baru saja mendapat berita yang sangat gembira. :)

SAYA DAH GRAD!!!

7 sem aku berjuang. macam2 dah aku lalui. dan mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. kalau aku boleh buat dalam 7 sem tanpa kenal erti putus asa. kenapa kau xboleh?

tapi. aku tetap rindukan kenangan selama 7 semester di sana. 3tahun setengah. bukanlah tempoh masa yang seketika.

kenapa aku rindu?
-1stly selalu sangatlah aku berkepit ngan dak gemok Aliah Syazwani [walaupun kadang2 aku selalu mengeluh, tapi bila dah jauh, haih. RINDU TAW!!!]
-aku rindu sebab sahabat seperjuangan. sama2 lambung, sama2 job, sama2 nara, sama2 berjihad. [aku rindu korang, kochia, maler, pap, speed, mahathir, ayep, tisu, bullet, argak, wak, atip, epul, sopi, amin, abot, mamat, gemok dll] --- [yang aku xsebut jangan kecik ati, ada lah sebabnye kenapa aku lupa]
-RINDU NARAAAAAAAAAAAA [tapi dah matikan lesen]

haih. xdapatlah aku nak rompak benteng ibu lagi pasni. ibu, kontrak ko pun xlama je kat uitm tu. pasni balik kampung lah niaga. hahaha.

pakgad yang langsi, lepas ko kene pukul, sedar2lah, ada lagi yang lebih langsi dari kau.

crow zero? atau gangster uitm yang seangkatan, nak jadi gangster, jangan belajar. membazir. gi lah join kongsi. kan lebih besar cabangnya.

en.azman bodoh.!!! ko buatkan aku kene gantung? aku dah pun puas buat kau kene transfer. kalau ada lagi mat skodeng kat uitm tu, tolonglah taubat, kang xmemasal kene transfer macam keling tu.

minah keremping lodos? sorry, juz nak cakap. "orang jahat kalah". hehehehe

untuk RUMAH PAPAN GEMEREH [RPG], sayang korang semua, teruskan tradisi kenduri. kalau ada rezeki lebih, jemput kawan2 datang rumah. apa2 pun terjadi, tolonglah unite. itu senjata kita. aku nak korang grad dengan berjaya. amin.

SEGAMAT, terima kasih dan aku minta maaf. jumpa lagi!!!

Sunday, November 29, 2009

Aku gila mistik!!!

manusia ni memang tak pernah tetap minatnya. kejap berubah2. tapi ada juga yang berkekalan. atau ada juga yang masih minat pada hobi lama namun tetap mencari sesuatu hobi baru. satu je mestilah tak cukup kan.

tapi aku rasakan, yang minatku kini beralih kepada benda yang pelik pelik.

"aku GILA mistik"

kenapa aku mesti gilakan mistik? zaman serba teknologi ni membuatkan aku rasa malas kerana segalanya terlampau moden sehinggakan ada yang melupakan asal-usul masing-masing. mungkin aku merasakan diri ini masih lagi belum sempurna. dan aku harus mencari kesempurnaan tersebut.

mistik. perkataan mistik meliputi banyak aspek. alam ghaib, bunian, puaka, batin, ilmu rohani, paranormal dll. tapi buat masa ni, aku bukanlah berada pada tahap tersebut. warisan nenek moyang kita sememangnya banyak memberi keuntungan kepada kita yang mewarisinya. kalau bukan kita, siapa lagi?

tapi, kisah zaman darurat yang mana diketuai oleh Panglima Kiyai Hj Salleh membuatkan aku lebih tertarik kepada ilmu parang terbang yang mana beliau mengamalkan amalan ayat empat. parang berdiri aku biasa nampak. tapi kalau dah abang sendiri yang melakukannya, lagi lah aku bertambah taksub untuk mengaji ke peringkat seterusnya.


AKU GILA PARANG!!!

"aku rasa, lepas ni kiosk ni kita letak barang-barang antik mistik mesti best. kita pamer n jual sekali" kata abang padaku.



idea tersebut aku terima sebulat suara. jadi sekarang ni aku dalam proses untuk mengumpul sebanyak mungkin barangan mistik dan senjata warisan.

Saturday, November 28, 2009

Cihtamku tetap HERO


2 hari yang lepas.

teriakan ayah pada pagi itu membuatkan aku melompat tinggi dari tilam.

"Elly, bangunn!!! anak kau bunuh diri"

apa sajalah yang ayah persendakan. larianku deras menghala ke tingkap. CHITAM TIADA!!!

tingkap yang berada di aras 3 kujengah. SAHIH. Chitam telah melakukan aksi ngeri ala2 yamakasi. tanpa mengenakan baju di badan, aku berlari turun ke bawah. kelihatan Chitam sedang menoyok di bawah kereta. Subhanallah. mulut Chitam mengeluarkan cecair pekat berwarna merah. Aku terus mendukung Chitam ke atas.

"Abang, bangun jap bang, tengokkan Chitam"

Dengan menggunakan teknik perubatan alternatif, aku dan abang bergabung usahha memulihkan Chitam. Alhamdulillah. Tidak sampai 10minit, Chitam bangun lalu berjalan menuju ke sudut rumah. Sihat. Cuma kelihatan wajahnya yang agak pucat. Barangkali Chitam masih terkejut kerana tidak menyangka yang badan sekecilnya mampu melakukan aksi ngeri tersebut.

"jom la bang kita bawak gi klinik. mana tau kalau ada cedera dalaman"

aku dan abang mengiringi Chitam ke klinik.

"bang, tolong tengokkan kucing saya ni. jatuh dari tingkat 2 tadi"

Chitam diperiksa rapi oleh dua orang pakar yang mungkin diberi tauliah khas. AJAIB. Tiada kecederaan yang Chitam alami. kejadian ini membuktikan kekuasaan Allah. maka Chitam masiih lagi bernyawa untuk menikmati kehidupan di dunia.

CHITAM, kau memang HERO!!!

Monday, October 26, 2009

Takkan Melayu Hilang Di Dunia

.....tapi adakah mungkin nanti “ Melayu Hilang Dunianya”

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh pahlawan Mat Kilau dalam pertemuannya dengan Allahyarham Pak Sako satu ketika dahulu bahawa orang Melayu adalah seperti buah manggis.

Cuba bayangkan dan terjemahkan apa ertinya ungkapan Pahlawan Mat Kilau mengatakan orang Melayu seperti buah manggis ?

“Cuba perhatikan buah manggis, nampaknya hitam legam dan ada kalanya merah menyala, sebelum masak berwarna hijau kekuningan, tapi bila dan kirau kulitnya bertukar. Jika dibaling kena kepala bengkak dahi kita dan kalau salah haribulan boleh berpinar biji mata.

“Tapi cuma kulitnya sahaja yang keras macam batu tetapi isi di dalam walau pun putih bersih namun lembik dan tidak sekeras kulitnya. Begitulah juga semangat orang Melayu masa lawan penjajah dulu, cakapnya berdegar-degar, semangatnya cukup kental tapi baru diherdik oleh penjajah menikus seribu bahasa.

“Lebih malang lagi cuba perhatikan kulit luarnya ada tanda menunjukkan jumlah berapa ulas isi di dalam. Kalau ada duit lagaknya satu dunia mahu dibeli sedangkan orang lain semakin banyak hartanya semakin kuat menyimpan rahsia.

Mana mungkin kita mahu menafikan kenyataan tersebut walaupun ungkapan pahlawan Mat Kilau sudah berpuluh tahun lamanya namun realitinya cukup terserlah....mari kita bincang/pendapat bersama-sama...Yang buruk kita jadikan sempadan dan baik kita buat tauladan.